Caruman KWSP Pekerja Dikurangkan 3 Peratus

252
0
SHARE

PUTRAJAYA: Kejatuhan harga minyak mentah dunia memaksa kerajaan untuk menjalankan apa yang dinamakan sebagai ‘pengubahsuaian Bajet 2016′.

Dengan kata lain, kerajaan terpaksa membuat pemotongan bajet untuk menyesuaikan diri dengan kejatuhan pendapatan.

Kerajaan juga menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun 2016 kepada 4 hingga 4.5 peratus berbanding sasaran awal pertumbuhan ekonomi sebanyak 4 hingga 5 peratus.

Berikut, antara butiran penting yang sedang dibacakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya di di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini:

  • Caruman wajib Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh pekerja akan dikurangkan sebanyak 3 peratus dari Mac 2014 hingga Disember 2017. Sumbangan majikan kekal;
  • Pengecualian cukai individu sehingga RM2,000 bagi mereka yang berpendapatan RM8,000 sebulan dan ke bawah bagi tahun taksiran 2015;
  • Liberalisasi permit import bagi produk pertanian terpilih termasuk kopi dan daging;
  • Pasar tani baru yang dikenali sebagai MyFarm Outlet untuk menjual produk makanan pada harga 5-20 peratus lebih rendah daripada harga runcit;
  • Subsidi tunai RM50 bagi setiap satu tan padi mentah sebagai insentif kepada petani untuk menghasilkan beras;
  • Keluarga miskin tegar yang berdaftar akan menerima 20 kilogram beras setiap bulan;
  • Semua rumah baru berharga RM300,000 dan ke bawah hanya boleh dijual kepada pembeli rumah kali pertama;
  • Penerusan pinjaman rumah pada kadar faedah 4 peratus kepada 10,000 pembeli rumah yang membeli rumah berharga RM35,000 dan ke bawah.
  • Program pemberian BR1M & bantuan kebajikan terus dilaksana.
  • Kerajaan mengekalkan kadar GST seperti sedia ada.
  • Tiada pemberhentian penjawat awam termasuk kakitangan lantikan secara kontrak.
  • Pelaksanaan satu kenaikan gaji tahunan kepada penjawat awam pada tanggal 1 Julai 2016 diteruskan.