Buku Pro TPPA Diedar Di Parlimen

140
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Sebuah buku yang berjudul TPPA diedarkan secara percuma kepada umum pada Sidang Khas di Parlimen yang berlangsung pagi ini bagi membincangkan kedudukan dan pendirian Malaysia mengenai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Buku yang ditulis oleh Mat Rodi dan Azwan Omar itu dicetak dengan mengenakan warna kuning pada kulit buku selain menggunakan gambar harimau sebagai logonya.

Buku yang diterbitkan oleh DuBook Press Sdn. Bhd itu mempunyai 61 helaian muka surat dengan isi kandungannya menerangkan tentang kepentingan dan penjelasan sebenar mengenai TPPA.

Buku berkenaan mempunyai beberapa bab dengan tujuh daripadanya ditulis oleh Mat Rodi manakala empat bab lagi ditulis oleh Azwan Omar.

Bab pertama nukilan Mat Rodi memaparkan kartun satira Rashid sebagai pengenalan kepada buku berkenaan.

Selain, pada bab kedua menjelaskan bahawa Amerika Syarikat tidak mempengaruhi Malaysia untuk menyertai TPPA sebaliknya, menggunakan konsep konsensus iaitu persetujuan secara bersama.

Di Facebook, Mat Rodi menjelaskan, buku tersebut telah dilancarkan pada Jumaat lepas.

“Yang masih nak berteori sana sini dan tak nak rujuk isi kandungan, silakan.

“Sedangkan jual beli rumah ada kontrak, jadi pekerja ada kontrak, masuk MLM ada kontak dan hatta kita berumah tangga pun ada`kontrak’,” tulis Mat Rodi. – FMT