Bual Bicara Mysuara – “Orang Muda Tidak Mahu Mengundi?”

141
0
SHARE

Oleh: Shaiful Nizam

KUALA LUMPUR: Statistik populasi rakyat Malaysia yang tidak mendaftar sebagai pengundi sebanyak 4.2 juta setakat tahun 2015 sebagaimana yang diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) baru-baru ini adalah amat membimbangkan.

Dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berbaki dua tahun sahaja lagi, cabaran besar menanti untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia yang berumur 21 dan ke atas berdaftar sebagai pengundi bagi mengelakkan kemenangan dengan undi tipis yang berisiko kepada ketidaktentuan dan ketakstabilan politik.

Untuk itu, Bual Bicara MySuara membawakan tajuk, “Orang Muda Tidak Mahu Mengundi?” secara langsung jam 2.00 petang ini 19 Januari 2016 di laman www.mysuara.net , www.youtube.com/user/mysuaratv serta www.mysuara.tv.

Rancangan ini akan membariskan Zambri Mohd Isa, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Dr Salawati Mat Basir, Pensyarah Kanan Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai panelis bagi mengupas masalah dan penyelesaian bagi menggalakkan partisipasi rakyat dalam pilihan raya.

SHARE
Previous articleKeselamatan Di Pintu Masuk Utama Dipertingkat, Elak Ancaman Pengganas – Liow
Next article“Media, Media Sosial Boleh Pecah-Belahkan Rakyat” – TMJ