Botol Peluntur, Yogurt Seiras: Tesco Tarik Balik Penjualan Produk

296
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Susulan isu botol minuman yogurt dan cecair pencuci yang seakan sama, pasar raya Tesco mengumumkan pemberhentian penjualan produk berkenaan buat sementara waktu.

Menurut laporan The Rakyat Post, Pengarah Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Kerajaan Tesco Malaysia, Datuk Azlam Shah Alias menjelaskan pihaknya mengambil langkah tersebut untuk mengelak kekeliruan dan memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi pengguna.

Isu botol dua produk tersebut heboh dibincangkan di laman sosial selepas gambar berkenaan tersebar, sekali gus menimbulkan rasa prihatin masyarakat.

Seorang pengguna Facebook, Safiya Amaran meletakkan foto tersebut di akaun Facebook miliknya dengan pesanan agar orang ramai peka dan berhati-hati dengan dua produk itu.

Ramai yang mempersoalkan reka bentuk botol yang digunakan hampir sama, yang berkemungkinan akan mengakibatkan masalah lebih besar. – AWANI