‘Boleh Tukar Pendapat, Nak Bertengkar Pun Boleh’ – Najib

605
0
SHARE

Oleh: Khizairi Khizan

KUALA LUMPUR: “Saya bukanlah seorang Presiden UMNO yang mahu semua ahli UMNO menjadi ‘yes man’,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kalua UMNO terdiri daripada golongan ‘yes man’ sahaja, maka parti itu tidak akan mendapat pendapat yang berbeza.

“Tapi saya seorang Presiden yang mahukan parti kita sebuah parti yang berdisiplin, parti yang berpegang kepada prinsip.

“Kita boleh bertukar pendapat, bertengkar pun boleh dalam mesyuarat. Kalau nak tumbuk-tumbuk meja barangkali punj boleh cuma janga n baling kerusi sahaja.

“Tapi bila parti membuat keputusan kita mesti berdiri atas pendirian parti,” katanya dihadapan ahli UMNO Bahagian Bandar Tun Razak hari ini ketika hadir merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak 2015 di Kompleks Darul Puteri PPIM.

Najib berkata demikian bagi menjelaskan bahawa beliau seorang yang boleh menerima pendapat daripada sesiapa sahaja.

Katanya lagi, beliau bukan pemimpin autokratik.

“Saya amat menghargai perbezaan pendapat kerana ia menyediakan prospektif berbeza terhadap sesuatu isu atau situasi.