Boleh Terima Kasih, Tapi Jangan Percaya Tun M – Nik Nazmi

535
0
SHARE

Oleh: Khizairi Khizan

Foto: Shaiful Nizam

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia diharap jangan percaya apa yang dicakap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang sering membidas kempimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kita boleh berterima kasih kepada Dr Mahathir  kerana bercakap tentang kebebasan bersuara, kepentingan ketinggian undang-undang dan melawan rasuah serta salah guna kuasa yang ada kini.

Namun kata beliau, tetapi jangan dilupa siapa yang menjadikan demokrasi negara ini tempang kalau bukan Dr Mahathir.

“Kita tidak akan lupa siapa bertanggungjawab ke atas satu demi satu skandal kewangan mega terawal negara.

“ Kita tidak akan lupa siapa yang memfitnah dan menyeksa Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya semasa ucapan dasar pada Kongress Nasional AMK Tahunan Ke-11 2015 di Dewan Sivik MBPJ, hari ini.

Nik Nazmi juga berkata, Dr Mahathir pernah berkata “pemimpin yang buruk lahir daripada system  demokrasi yang disalah guna”.

Jesteru kata beliau, semua pihak harus sedar bahawa Perdana Menteri yang ada pada hari ini sebenarnya lahir  daripada system demokrasi yang telah disalah guna, termasuk Dr Mahathir sendiri.

SHARE
Previous articleKongres PKR: Azmin Yakin Isu PAS-PKR Selesai
Next articleAzmin Puji Anak Pergi Bersih Depan Perwakilan