BN Dilihat Masih Relevan Di Sarawak – Hishammuddin

52
0
SHARE

KLUANG: Barisan Nasional (BN) dilihat masih relevan di Sarawak berdasarkan sokongan rakyat pelbagai kaum dan lapisan umur, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata berdasarkan lawatannya baru-baru ini ke Sarawak, penerimaan rakyat terhadap BN dan kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem juga dilihat cukup baik.

“Saya tidak suka perkataan deposit tetapi saya percaya negeri itu akan sentiasa memastikan BN terus relevan di Sarawak,” katanya ketika ditanya adakah Sarawak akan terus menjadi deposit BN pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11.

Penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak berakhir pada Jun ini.

Hishammuddin yang juga Anggota Parlimen Sembrong berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Sembrong di Restoran Sin Yu Lee, Paloh, dekat sini, Ahad.

Beliau berkata kepimpinan Ketua Menteri Sarawak berada di tahap yang cukup tinggi.

“Ini penting untuk kami buktikan bahawa apa sahaja serangan yang dibuat terhadap parti ini, akhirnya yang akan menentukan adalah rakyat … majoriti rakyat.

“Bukan mereka yang kuat menyorak, bukan mereka yang kuat menuding jari, mereka yang selalu dalam media sosial tetapi pengundi yang akan tentukan jatuh bangun parti,” katanya.

Hishammuddin berkata justeru itu adalah penting bagi kepimpinan parti komponen BN di Sarawak mengekalkan kebijaksanaan, persefahaman dan persamaan dalam mengatur strategi menjelang pilihan raya negeri akan datang.

“Persefahaman antara parti-parti komponen BN di Sarawak mestilah berada dalam satu, perancangan yang rapi dan keduanya mesti bersatu dalam memastikan kemenangan calon-calon kita (BN),” katanya.

Beliau berkata, kebijaksanaan, kesamaan dan persamaan yang telahpun wujud begitu lama dalam BN diharapkan dapat diterjemahkan kepada agihan kerusi pada pilihan raya negeri itu.

SHARE
Previous articlePekerja Asing Penuhi Keperluan Sektor Tidak Diisi Rakyat Tempatan
Next articlePemuda PAS Jangan Ikut Perangai Mat Sabu – Nik Abduh