Blatter Mengaku Tidak Bersalah Ambil Rasuah

52
0
SHARE

ZURICH: Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Sepp Blatter yang dalam penggantungan, mengaku tidak bersalah di atas dakwaan rasuah berkaitan bola sepak.

Pihak berkuasa Switzerland turut membekukan akaun tertuduh yang mengandungi ratusan juta ringgit dan dipercayai hasil daripada kegiatan itu. Blatter yang digantung bersama-sama naib presidennya, Michel Platini, untuk tempoh yang panjang, ditemani peguamnya ketika masuk dan keluar dari ibu pejabat FIFA di Zurich.

Dia tidak memberikan sebarang kenyataan kepada pihak media, tetapi selepas perbicaraan yang mengambil masa lebih lapan jam itu, peguamnya, Richard Cullen mengeluarkan kenyataan.

“Presiden Blatter berharap keputusan akan memihak kepada dirinya, kerana bukti cenderung ke arah itu,” kata Cullen. “Presiden Blatter berkelakuan baik dan langsung tidak melanggar kod tatatertib FIFA. Siasatan ini sepatutnya ditutup dan penggantungan ditarik semula.” – Agensi