Bibi Ramjani Presiden Baharu KAFA

48
0
SHARE

KOTA BHARU: Usahawan wanita, Bibi Ramjani Ilias Khan diumumkan sebagai Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi penggal 2017-2021 pada Kongres Tahunan KAFA ke-63.

Bibi Ramjani memperoleh sebanyak 32 undi sekali gus menewaskan Muhammad Nasir yang juga Naib Presiden KAFA memperoleh 19 undi.

Kemenangan itu menyaksikan Bibi Ramjani mencipta sejarah apabila menjadi wanita pertama menjawat jawatan sebagai Presiden KAFA.

Proses pengundian terpaksa dilakukan dua kali selepas jumlah undi diperolehi Bibi Ramjani pada kali pertama sebanyak 32 undi iaitu tidak memenuhi kehendak perlembagaan persatuan yang memerlukan undian majoriti 35 untuk jawatan Presiden.

Bagaimanapun, keputusan pengundian kali kedua membabitkan 52 wakil Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) muktamad memilih Bibi Ramjani sebagai Presiden KAFA.

Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah pada sidang media memaklumkan proses pengundian berakhir jam 6 petang.

Katanya, yang turut berjaya mengekalkan jawatan sebagai Timbalan Presiden KAFA selepas menewaskan Datuk Rosmadi Ismail.

Manakala, jawatan Naib Presiden, dimenangi tiga calon baharu iaitu, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali; Datuk Nik Izani Nik Ibrahim dan Nik Pakheruddin Nik Abdul Kadir.

6283 dibaca