Beruk Dibaling Mercun: ‘Di Mana Nilai Kemanusiaan?’

158
0
SHARE

BERUKCEDERAKUALA LUMPUR: Sekeping gambar seekor beruk dengan tangannya berdarah mendapat perhatian warga media sosial.

Gambar itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Shah Mikail. Namun, tidak dapat dipastikan di mana dan bila gambar tersebut diambil.

Dalam status yang dimuat naik bersama gambar berkenaan, Shah Mikail memberitahu beruk berkenaan mengambil mercun bola yang dibaling kerana menyangkakan ia makanan. Mercun itu kemudiannya meletup di tangannya.

Foto tersebut mengundang kemarahan netizen yang sedih dan kesal dengan sikap segelintir golongan masyarakat yang tidak berperikemanusiaan.

Tidak kurang juga mahu agar perkara ini dilaporkan kepada pihak berkuasa dan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan. – AWANI