Bersih Isytihar Lebihan RM1.9 Juta Daripada RM2.6 Juta Sumbangan

108
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini membentangkan penyata pendapatan mereka, berhubung sumbangan RM2.6 juta yang diraih mereka sempena himpunan Bersih 4.

Menurut Bersih 2.0, akaun mereka mencatatkan lebihan RM1.9 juta susulan belanja sebanyak RM 664,052 bagi menganjurkan himpunan selama 34 jam itu.

Mereka turut mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan derma RM2.6 bilion yang didakwa diterimanya dari “dermawan” Timur Tengah.

Menurut mereka, kira-kira 27,000 penderma menyumbang kepada Bersih 2.0 dan penyata bank dengan setebal 2,126 halaman dihantar kepada juruaudit bagi semakan.

“Perisytiharan kami hari ini disemak pegawai kewangan kami,” kata Bendahari Bersih 2.0 Masjaliza Hamzah pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Pengisytiharan hari ini dibuat sebulan selepas himpunan berlangsung pada 29 dan 30 Ogos dan ia dibuat bagi memenuhi janji Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah yang berikrar membentangkannya sebelum ini.- INSIDER