BERSIH Gesa Obama Soal Najib Tentang Derma, 1MDB

182
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama digesa mempersoal pelbagai dakwaan skandal melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam sidang kemuncak Asean bulan ini.

“Kami minta persoalan penting itu, berkaitan 1MDB dan (derma) RM2.6 bilion, harus diajukan dan sudah tentu juga berkaitan pendakwaan di mahkamah terhadap aktivis sosial,” kata Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.

Jika persoalan itu tidak dibangkitkan, Obama hanya menghantar isyarat bahawa AS menyokong fahaman autoritorianisme untuk kepentingan geopolitiknya sendiri, tambah anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Wong Chin Huat.

Dalam sidang media di ibu pejabat BERSIH di Petaling Jaya hari ini, Maria juga menggesa pemimpin serantau dalam sidang kemuncak Asean, yang akan berlangsung di ibu negara turun membangkitkan soalan kritikal kepada Najib.

Obama dijadual akan ke Turki, Filipina dan Malaysia dari 14 hingga 22 November ini untuk menghadiri beberapa sidang kemuncak.

Di Malaysia, Obama akan menghadiri sidang kemuncak Asean-AS dan Sidang Kemuncak Asia Timur. – MK

SHARE
Previous articleTarif Air Naik, Tapi Rakyat Tak Terbeban – Azmin
Next articleTun M Hilangkan Lebih Banyak Wang Daripada 1MDB – Tawfik