Bersih 4.0 Bermula 36 Jam

593
0
SHARE

BERSIH2Oleh: Shaiful Nizam

KUALA LUMPUR: Perhimpunan kumpulan Bersih 4 yang akan bermula jam 2.00 petang sehingga 12 tengah malam esok telah mencatat jumlah demonstran melebihi 30,000 ribu orang.

Demonstrasi yang memasuki edisi keempat ini walau bagaimanapun dilihat kurang berjaya sebagaimana edisi sebelum PRU-13, dua tahun lalu.

Namun berbanding siri pasca PRU-13 terutama demontrasi menuntut pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, Bersih 4 adalah demonstrasi paling berjaya bagi tahun 2014 dan 2015.

Berbeza dengan demonstrasi sebelumnya, Bersih 4 disertai tanpa simbol dan warna parti politik pembangkang.

Namun tanpa kelibat PAS secara rasmi, Bersih 4 kurang kurang sambutan daripada orang Melayu. Demonstrasi kali ini menyaksikan penunjuk perasaan bukan Melayu lebih ramai.

Skuad PKR berbaju hitam dan berlogo harimau berwarna biru muda dilihat mengawasi perhimpunan ini menggantikan Unit Amal PAS yang berbaju merah pulasan sebelum ini.

Tidak ketinggalan, kempen “Bebaskan Anwar” digunakan termasuk untuk mengumpulkan sejuta tandatangan bagi menunjukan sokongan kepada tokoh utama pembangkang yang kini dipenjarakan di Sungai Buloh.