Zuma Letak Jawatan Presiden Afrika Selatan

16
0

CAPE TOWN: Jacob Zuma meletak jawatan sebagai presiden Afrika Selatan pada hari Rabu, walaupun dengan berat hati, sebagai mematuhi arahan parti memerintah Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) untuk mengakhiri sembilan tahun pentadbirannya yang dipenuhi dengan dakwaan skandal.

Dalam ucapan perpisahan selama 30 minit ke seluruh negara, Zuma yang berusia 75 tahun berkata dia tidak bersetuju dengan cara ANC menyingkirkannya selepas pemilihan Cyril Ramaphosa sebagai presiden parti pada bulan Disember, tetapi dia tetap mematuhi arahan itu.

“Saya telah membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai presiden republik ibi berkuatkuasa serta-merta,” kata Zuma.

“Walaupun saya tidak bersetuju dengan keputusan pucuk pimpinan organisasi saya, saya selalu menjadi ahli ANC yang berdisiplin ANC,” katanya.

Parti pemerintah itu mengatakan ia akan mengundi menolak Zuma pada hari Khamis.