28 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 27, 2018

Zahid Nafi Rakaman Adalah Suara Beliau

148
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan rakaman suara yang bermain di media sosial ialah beliau ketika memarahi Pemuda UMNO.

“Itu bukan saya. Kepada ahli-ahli UMNO terus rapatkan saf walaupun kita diuji dari pelbagai sudut. Insya-Allah ujian ini mahu memperlihatkan daya tahan dan kekuatan perjuangan kita,” katanya dalam Twitter beliau hari ini.

Semalam beredar rakaman suara yang menggunakan kata-kata kesat memarahi Pemuda UMNO kerana tidak membela mantan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika diserang pembangkang, tetapi kini tampil mendesak pemimpin itu meletakkan jawatan.