Zahid Cadang Ahli PAC Angkat Sumpah

25
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk meminta Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengangkat sumpah.

Syor berkenaan dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi memastikan ahli PAC tidak membocorkan rahsia kepada umum.

Jelasnya, cadangan berkenaan telah dibawa kepada Speaker Dewan Rakyat,

Tan Sri Pandikar Amin Mulia serta Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Parlimen.
“Saya sudah mencadangkan bahawa setiap ahli PAC harus mengangkat sumpah demi menjaga kerahsiaan.

“Namun, apa yang diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Parlimen harus merujuk kepada Penasihat Undang-Undang sama ada sumpah untuk simpan rahsia laku atau tidak,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan, adalah penting untuk ahli PAC merahsiakan sebarang maklumat hasil dari mesyuarat itu.

“Sebarang kenyataan atau laporan haruslah datang daripada Pengerusi PAC dan bukannya pandangan peribadi oleh mana-mana ahlinya,” ujar.