Wartawan Berkumpul Di Hospital Rehabilitasi Cheras

15
0

KUALA LUMPUR: Puluhan wartawan tempatan dan antarabangsa memenuhi pekarangan Unit Kemasukan Pesakit Wad Wad di Hospital Rehabilitasi Cheras di sini sejak 7 pagi tadi menanti pembebasan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpin reformasi itu dijangka dibebaskan petang ini selepas Lembaga Pengampunan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara jam 11 pagi hari ini selesai bersidang.

Sementara itu, kawalan keselamatan di pintu masuk Hospital Rehabilitasi Cheras agak ketat dengan pemeriksaan dilakukan pengawal keselamatan terhadap setiap kenderaan yang hendak masuk.

Penyokong Anwar bagaimana tidak dibenarkan masuk ke pusat ini atas faktor keselamatan dan hanya berkumpul di luar pintu masuk.