Wan Saiful Mungkin Tanding Di Pendang

53
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Biro Strategi dan Dasar BERSATU Wan Saiful Wan Jan bakal diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (HARAPAN) di kerusi Parlimen Pendang.

Walaupun sebelum ini diperkatakan akan berdepan dengan Menteri Kewangan Kedua sementara Datuk Seri Johari Abdul Ghani di Titiwangsa, sumber dalaman parti mengesahkan Wan Saiful akan bertanding di Kedah.

“Beliau memang berhasrat untuk pulang ke kampung halaman sebagai ‘anak Kedah’ untuk berkhidmat kepada rakyat. Walaupun sudah mula turun padang bersama pemimpin akar umbi di Titiwangsa, beliau sentiasa berharap untuk pulang ke Kedah.

“Ibunya guru dan bapanya pegawai polis di Alor Setar. Baik untuknya bertanding di Pendang pada PRU ini,” menurut sumber.

Pendang adalah kerusi tradisi PAS namun jatuh ke tangan BN pada PRU 2013 selepas bekas presiden parti itu Mohamad Sabu tewas kepada calon BN Datuk Othman Abdul dengan perbezaan 2,638 undi.

Bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor pernah menjadi anggota Parlimen di situ selepas menewaskan Othman pada PRU 1999.

Pengumuman dijangka akan dibuat malam ini, bersama-sama pengumuman pencalonan Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad di kerusi Parlimen Langkawi.

Program malam ini bakal dihadiri pemimpin utama HARAPAN, antaranya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah WAn Ismail, Presiden AMANAH Mohamad SAbu dan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin.-MK