Veteran UMNO Napsiah Omar Meninggal Dunia

537
0

Oleh : Wartawan MySuara

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial, Tan Sri Napsiah Omar meninggal dunia kira-kira jam 5.45 petang ini, di kediamannya Taman Seri Ampang Jaya, Selangor.

Memetik laporan Utusan Online, bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah berusia 74 tahun itu meninggal dunia akibat daripada implikasi hati.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, Datuk Norhayati Omar ketika dihubungi mengesahkan beliau mendapat berita mengenai kematian bekas Naib Ketua UMNO Wanita itu kira-kira 6 petang tadi.

Katanya, jenazah dijangka akan dibawa balik ke Kuala Pilah malam ini.