Veteran UMNO Minta Najib Tidak Lagi Layan Tuduhan

181
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Veteran Umno Malaysia (Veteran) meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tidak lagi melayan sebarang tuduhan yang mengaitkan beliau dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausahanya Datuk Mustapha Yaakub berkata laporan yang dibentang Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Parlimen semalam jelas mendapati perdana menteri tidak terlibat dalam isu membabitkan syarikat berkenaan, termasuk dakwaan bertanggungjawab dengan kehilangan wang RM42 bilion dan tuduhan menggunakan wang 1MDB untuk tujuan peribadi.

Mustapha berkata pihaknya sememangnya menunggu laporan dan pengesahan PAC yang diketuai Datuk Hassan Arifin itu.

“Sekiranya selepas laporan PAC ini masih ada pihak yang masih menuduh Najib terlibat dengan kehilangan wang 1MDB dan penyaluran RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya, Veteran mahu supaya Najib mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka,” katanya.