Usul Hadapkan Nurul Izzah Atas Kapasiti Kerajaan – Azalina

135
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Usul menghadapkan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dikemukakan oleh menteri mewakili kerajaan dan bukan atas kapasiti Ahli Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman, berkata usul berkenaan dibahas dan diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Disember 2015.

“Lebih baik beliau (Nurul Izzah) menggunakan peluang ini untuk membuat penjelasan daripada mempolitikkan isu terbabit.

“Bagaimanapun, saya terikat dengan Peraturan Mesyuarat 85 dan tidak boleh memberi komen terhadap perkara yang masih dalam pertimbangan jawatankuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Azalina berkata, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut terikat dengan Peraturan Mesyuarat berkenaan dan wajar menyedari tugas serta tanggungjawab apabila dipanggil oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.