Ustaz Kazim Dibenarkan Keluar HUSM Hari Ini

625
0
KONGSI

KUBANG KERIAN: Penceramah bebas, Ustaz Datuk Kazim Elias dibenarkan pulang hari ini selepas dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, HUSM sejak Jumaat lalu.

Menurut Pakar Jantung HUSM Prof Datuk Dr Zulkurnain Yusof, Kazim telah mengalami serangan jantung dan ia kali pertama beliau mengalaminya.

Katanya, Kazim telah menjalani rawatan ‘indiogram’ dan ‘stemtin’ semalam, berikutan salah satu saluran alteri kornarinya tersumbat.

Dr Zulkurnain berkata, beliau tidak dibenarkan untuk menjalankan sebarang aktiviti ceramah selama enam minggu.

Pada sidang media di HUSM, pagi tadi, Kazim berkata, keadaannya stabil, namun memerlukan rehat secukupnya.

Beliau turut menjelaskan akan menangguhkan semua aktiviti dan program ceramahnya selama enam minggu.

Jumaat lalu, Kazim mengadu sakit dada ketika berceramah di Gunong, Bachok, sebelum dibawa HUSM Kubang Kerian.

Kazim yang tiba di Kelantan petang Jumaat dari Terengganu, dijadualkan menyampaikan ceramah agama selama dua jam bermula 9 malam, anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).