UMNO Tetap Musuh PAS – Tuan Ibrahim

727
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Seluruh ahli PAS di semua peringkat dingatkan supaya tidak mudah terperangkap dengan agenda UMNO.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perjuangan PAS adalah untuk melawan UMNO sekaligus menyelamatkan ekonomi dan negara daripada pemimpin zalim.

Katanya, PAS bukan saja mengkritik pentadbiran negara tetapi memberi jalan penyelesaian bukan seperti UMNO yang tidak mempunyai idea.

“Setiap kali berlaku gelombang dalam UMNO, kita kena ambil manfaat. Sebahagian besar ahli UMNO pening, mereka hendak kepada UMNO, UMNO sudah teruk,”katanya dalam kenyataan.

Mengulas mengenai perkembangan PRN Sarawak, Tuan Ibrahim berkata, pilihanraya tersebut merupakan satu cabaran kepada PAS untuk berpolitik secara matang untuk menyelamatkan negara.

Katanya, pilihan raya Sarawak amat penting bagi PAS untuk membuktikan bahawa PAS bukan parti yang hanya sesuai untuk orang Melayu.

Ia sekaligus menolak dakwaan negatif kononnya parti Islam itu perlu bergantung kepada parti lain untu mendapat sokongan bukan Melayu. – FMT