Tunggu Musa Pulang Untuk Ambil Tindakan – KPN

16
0

Oleh : Wartawan MySuara

KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tindakan terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman sebaik beliau pulang ke tanah air.

Menurut  Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat maklumat bahawa Musa masih berada di United Kingdom (UK).

“Saya dimaklumkan dia berada di UK. Kita (PDRM) tunggu…kalau kita kena tunggu dia balik, segala tindakan undang-undang akan kita jalankan.

“Maklumat yang kita terima, memang dia (Musa) sah berada di UK. Beliau berada di bahagian mana di UK? Kita (PDRM) pun tak tahu perinciannya.

“Kita tunggu respon daripada rakan-rakan (Interpol) kita di UK, baru kita ambil tindakan susulan,” katanya selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi PDRM kali ke-38 di sini, pagi tadi.

Tambah Fauzi, PDRM masih belum menghantar pasukan ke sana untuk mencari Musa dan masih menunggu maklum balas daripada pihak berkuasa UK.