Tun M Pelawa Jepun Sebagai Rakan Kongsi

14
0

Oleh : Wartawan MySuara

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempelawa Jepun untuk menjadi rakan kongsi dengan Malaysia dalam membangunkan negara Asia Tenggara.

Beliau menyampaikan pelawaan itu dalam satu pertemuan dengan para pemimpin organisasi utama ekonomi Jepun di sini pada Selasa.

Tambah Dr Mahathir kerajaan dibawah pimpinannya akan menjadi mesra perniagaan.

“Kami tidak akan mempunyai terlalu banyak halangan atau prosedur birokrasi yang akan menghalang para pelabur asing,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir ketika ini berada di negara matahari terbit itu dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari.