Tun M Kirim Salam Kepada Anwar

1694
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali agar menyampaikan ucapan salam beliau kepada bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Mahathir turut menyampaikan terima kasih kepada Anwar atas sokongan yang diberikan untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

“Sampaikan salam dan ucapan terima kasih saya pada beliau (Anwar),” ujar Dr Mahathir kepada Azmin sejurus selepas menandatanggani deklarasi bersama untuk mewujudkan gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ petang tadi.

Terdahulu Azmin memaklumkan kepada Dr Mahathir berhubung sokongan yang diberikan oleh Anwar terhadap gerakan tersebut.

“Semalam Sivarasa telah pergi berjumpa dengan Anwar di Sungai Buloh bagi memaklumkan mengenai perkembangan terkini politik tanahair dan beliau bersetuju untuk bekerjasama” kata Azmin ketika memaklumkan kepada Dr Mahathir.