Tun M Keluar IJN

22
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Menurut laporan Bernama, pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu dibenarkan keluar selepas menjalani rawatan kira-kira seminggu ekoran jangkitan kuman di dada dan batuk.

Beliau dimasukkan ke IJN pada 9 Februari lalu.

Ekoran itu, beberapa program HARAPAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) terpaksa dibatalkan.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawatnya Isnin lalu, bekas perdana menteri itu kelihatan ceria dan sihat.

“Tapi semangat Tun luar biasa, duduk di hospital pun masih boleh bincang mengenai parti, nasib negara,” katanya.

Sebagai calon perdana menteri HARAPAN, Mahathir, 93, semakin giat turun padang dalam program ceramah dan lawatan.

Beliau pernah dimasukkan ke IJN beberapa kali, dengan kali terakhir pada Ogos 2016 atas sebab yang sama.