Tun M Buat Keputusan Tepat Keluar UMNO – Salleh Keruak

788
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar UMNO untuk kali ketiga dilihat lebih bersifat baik daripada sebaliknya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (SSK) menyifatkan langkah Mahathir pada kali ini adalah yang terbaik selepas hubungannya dengan parti atau pemimpin parti itu tidak lagi dapat dipertahankan maka ia adalah sia-sia untuk beliau kekal dalam parti.

“Tambahan pula, tindakan Dr Mahathir menyusahkan parti dan kekal di dalam parti, pada masa yang sama menentang parti kelihatan tidak logik.

“Jika Dr Mahathir mahu terus menyerang Umno, maka beliau perlu berbuat demikian dari luar UMNO,” katanya dalam muatnaik di blognya, sskeruak.blogspot.my.

SSK juga tidak menafikan keputusan Mahathir itu sebagai satu episod sedih bukan kerana beliau meninggalkan UMNO tetapi sebab-sebab di sebalik beliau berbuat demikian.

“Tiada siapa yang boleh menafikan sumbangan Dr Mahathir untuk negara ini sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, walaupun beliau juga tidak terlepas daripada kritikan. Tetapi peristiwa yang berlaku sejak tahun lalu (dalam UMNO) dan peletakan jawatannya hari ini akan dijunjung sebagai tindakan yang lebih baik daripada apa yang telah dilakukan selama ini,” tulisnya lagi.

SSK menyatakan mengambil kedua-dua baik dan buruk secara saksama dan terus berharap untuk mendengar daripada Dr Mahathir.

” Walau bagaimanapun, saya hanya berharap kita dapat mengekalkan maruah dan kesopanan tanpa terjerumus ke dalam politik kotor,” katanya lagi yang disudahi dengan ucapan ikhlas kepada Dr Mahathir. – FMT