Tun M Bersekongkol Dengan Media Asing Yahudi – Tajuddin

424
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin Umno menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad bekerja sama dengan media asing yang disokong oleh Yahudi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir didakwa mempunyai sasaran yang sama dengan pembangkang dan media asing untuk mencapai matlamat sama, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

“Agenda Mahathir adalah untuk tumbangkan Najib dan beberapa orang sedang bekerja dengannya (ke arah itu). Saya diberitahu dia gunakan media asing (untuk tujuan ini).

“Awak tahu berapa banyak media yang dikawal oleh Yahudi. Yahudi tak berpuas hati dengan apa yang telah kita dicapai di negara ini,” kata Tajuddin, yang juga adalah timbalan menteri industri pertanian dan asas tani kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini .

“Ia mungkin Yahudi, ia mungkin sesiapa sahaja yang menentang kita,” katanya.

Beliau bagaimanapun, tidak menamakan sebarang media asing. – MK