Tun M Berdolak-dalik Isu Kelantan

25
0

KOTA BHARU: UMNO Kelantan menafikan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mendakwa memberi peruntukan besar kepada Kelantan sepanjang pemerintahannya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata Dr Mahathir juga memberi alasan mendapat tentangan daripada Kelantan untuk majukan negeri itu.

“Selepas Tun Mahathir diketepikan, dia mendakwa banyak yang sudah dibelanjakan di Kelantan dan beri alasan mendapat tentangan untuk majukan negeri itu.

“Itu hanya dolak-dalik Tun Mahathir kerana sudah jelas sepanjang pemerintahan Datuk Seri Najib Razak, peruntukan kepada Kelantan jauh lebih besar.

“Jadi, kita nafikan sekeras-kerasnya sindiran Tun Mahathir menerusi ceramah malam tadi,” katanya selepas mesyuarat di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), hari ini.