Trump Tolak Cadangan Anak Pulau Pinang Beli Qualcomm

23
0

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengeluarkan arahan menghalang cadangan pengeluar semikonduktor, Broadcom Ltd untuk mengambil alih Qualcomm Inc atas sebab keselamatan negara.

Ia mengakhiri kemungkinan urus niaga industri teknologi terbesar dalam sejarah.

Qualcomm menolak tawaran pengambilalihan Broadcom bernilai AS$117 bilion, yang disiasat oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing Amerika Sayrikat (CFIUS), sebuah panel pelbagai agensi yang diketuai oleh Jabatan Perbendaharaan.

Panel itu bertanggungjawab menyemak implikasi keselamatan negara daripada pengambilalihan syarikat AS oleh syarikat luar negara.

“Cadangan pengambilalihan Qualcomm oleh pembeli (Broadcom) dilarang, dan mana-mana penggabungan, pengambilalihan, atau pembelian berikutnya, sama ada secara langsung atau tidak langsung, juga dilarang,” demikian menurut arahan Presiden yang dikeluarkan pada Isnin.

Broadcom dipimpin oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Hock Eng, yang berasal dari Pulau Pinang.

Pemegang MBA dari Harvard University, pernah bekerja bersama Tan Sri Quek Leng Chan sebagai Pengarah Urusan Hume Industries di Malaysia dari 1983 hingga 1988, sebelum mengetuai sebuah dana modal teroka di Singapura dari 1988 hingga 1992.