Transaksi SRC Tidak Perlu Kelulusan Bertulis PM – Najib

127
0

KUALA LUMPUR: Semua transaksi utama SRC International Sdn Bhd yang dimiliki Kementerian Kewangan tidak memerlukan kelulusan bertulis perdana menteri, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak.

Dalam jawapan bertulisnya, Najib yang juga perdana menteri berkata, ini jelas dinyatakan dalam memorandum dan artikel pertubuhan Memorandum and Articles of Association (M&A) syarikat ini.

“Semua transaksi utama SRC tidak memerlukan kelulusan bertulis perdana menteri.

“Perkara 116 dalam M&A hanya menyatakan perkara ini perlukan kelulusan perdana menteri iaitu: pindaan kepada M&A dan perlantikan atau pemberhentian pengarah serta pasukan pentadbiran utama,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua. – INSIDER