Tragedi Bukit Kepong Tetap Dikenang – Zahid

81
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, merakamkan ucapan takziah sebagai mengingati perajurit negara yang terkorban dalam tragedi serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950.

“Tragedi Bukit Kepong telah 66 tahun berlalu. Namun, perajurit negara yang terkorban demi pertahankan negara tetap dikenang. Salam takziah, Al-Fatihah,” kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menerusi catatan di laman Twitter rasminya, sebentar tadi.

Dalam peristiwa serangan kejam pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, seramai 25 anggota polis bersama isteri dan anak mereka terkorban.