Tiga Pendekatan Dalam Matlamat Sifar Kemiskinan Dan Kelaparan – Zahid

90
0
KONGSI

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga pendekatan bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan makanan di rantau ini, dalam usaha mencapai matlamat sifar kemiskinan dan kelaparan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia merangkumi merangsang pelaburan sektor swasta dalam pertanian, menangani isu perubahan iklim dengan pertanian mapan dan mengurangkan kemiskinan menggunakan biodiversiti.

“Kita yakin tiga pendekatan ini akan merangsang rantau ini ke arah pembangunan mapan yang lebih baik dan saya harap perbincangan lebih aktif dapat diadakan demi manfaat negara anggota,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Serantau Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) Bagi Asia dan Pasifik ke-33 di sini, pagi ini.

Yang turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pengarah FAO, Dr Jose Graziano da Silva.