30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, January 18, 2019

Tidak Bincang Pelantikan Yang di-Pertuan Agong – Tun M

14
0

JOHOR BAHRU: Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pertemuannya dengan Sultan Johor hari ini tidak membincangkan soal pelantikan Yang di-Pertuan Agong.

“Yang itu soal raja-raja tidak ada kena mengena dengan saya,” ujar Perdana Menteri apabila ditanya adakah pertemuannya dengan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene di sini hari ini membincangkan mengenai pelantikan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Sultan Johor di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) dekat sini sebentar tadi.

Terdahulu Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menghantar Mahathir dengan menggunakan kereta Proton Saga dipandu baginda dari Istana Bukit Serene, Johor Bahru ke LTAS.

MySuaraFM
MySuaraTV