“The Revenant” Dinobat Filem Terbaik BAFTA

43
0
KONGSI

LONDON: Filem epik dongeng “The Revenant” menang Filem Terbaik Anugerah Bafta 2016 Britain, yang dilihat mampu membolot beberapa anugerah berprestij Oscars yang menyusul dua minggu lagi.

Filem itu turut memenangi beberapa kategori dengan Leonardo DiCaprio dinobatkan sebagai Pelakon Terbaik manakala Alejandro Gonzalez Inarritu sebagai Pengarah Terbaik.

DiCaprio yang memegang watak sebagai Hugh Glass, seorang pemburu gunung telah diserang seekor beruang dan ditinggalkan rakannya dalam keadaan tidak lagi bernyawa ketika mereka menyertai satu ekspedisi pada 1820-an.

Bagaimanapun dengan kemahiran ikhtiar hidup, dia akhirnya terselamat dalam keadaan salji tebal dan bersedia untuk membalas dendam. Sementara itu, Brie Larson pula dianugerahkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik yang membawa peranannya dalam filem penculikan seram “Room”. – AFP