Tajuddin Minta Henti Kecam Mat Sabu

57
0

IPOH: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman meminta semua pihak supaya jangan mengecam Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berhubung penahanan anaknya dalam Ops Hiburan Bersepadu pada Jumaat malam.

Menurut Tajudin, perkara itu boleh berlaku kepada anak sesiapa sahaja, tanpa mengira status.

“Perkara ini berlaku bukan kerana mak bapa hendak anak dia terjebak dalam perkara seperti ini. Mat Sabu seorang pemimpin, tentunya dia tak mahu melihat anak dia juga terlibat, sebagaimana dia mahu melihat rakyat pada keseluruhannya baik.

“Tentu dia hendak anak dia menjadi budak baik. Tapi dah berlaku macam ni, kadang-kadang tak dapat dijangka. Sama ada anak menteri, anak tok imam, boleh jadi anak sesiapa pun.

“Kita tak boleh kata anak orang besar-besar tak berlaku perkara seperti ini, anak tokoh agama terjamin tak terlibat. Itu tak boleh cakap sebab berbagai-bagai sebab boleh menyebabkan berlaku.”

Beliau selepas majlis konvokesyen Kolej Antarabangsa TAJ di Ipoh, pada Ahad.

Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31, yang ditahan dalam Ops Hiburan Bersepadu pada Jumaat malam setelah didapati positif ganja dan dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 6 petang Sabtu.

Tajudin berkata ada pelbagai kemungkinan mengapa anak Presiden Amanah itu boleh terjebak, antaranya kerana pengaruh rakan-rakan.