Syed Saddiq Bidas Kenyataan Zahid Tentang Isu LGBT

23
0

KUALA LUMPUR: Bukan sahaja kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) boleh mengundang kemurkaan Tuhan tetapi perlakuan rasuah dan mencuri juga, kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Kalau makan rasuah dan bersekongkol dengan mereka yang mencuri duit rakyat macam mana pula? Bala turun ke tak?

“Di KBS dah 12 orang ditahan oleh SPRM. Dalam UMNO ja dah terlalu banyak sampai dah hilang kiraan.

“Tak pula saya dengan bala akan turun kerana pencuri,” kata Syed Saddiq menerusi Twitternya hari ini.

Menteri Belia dan Sukan itu membidas kenyataan yang dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Palu, Sulawesi, bulan lalu merupakan hukuman daripada Allah akibat aktiviti LGBT yang diamalkan penduduk.

Ahmad Zahid mendakwa seramai kira-kira 1,000 orang melakukan perbuatan terkutuk itu di kawasan berkenaan

Seperti dijangka, tweet berkenaan mendapat perhatian netizen yang turut meluahkan pandangan mereka mengenai isu tersebut.