Syarikat Singapura Beri Cuti Pekerja Undi PRU-14

15
0
KONGSI

SINGAPURA: Ikea Singapura akan memberi cuti bergaji sehari kepada para pekerjanya pada 9 Mei 2018 ini supaya mereka boleh pulang mengundi pada pilihan raya umum akan datang ini.

“Kami mengambil tanggungjawab sosial secara serius dan kami mahu membolehkan rakan sekerja kami mengambil tanggungjawab individu mereka juga.

“Manfaat ini akan memudahkan mereka untuk menggunakan hak mengundi dalam pilihan raya Malaysia. Sesiapa yang memerlukan lebih dari satu hari boleh berbuat demikian dengan memohon cuti tahunan, “kata pengurus pekerjaan dan pampasan Ikea Southeast Asia, Aldys Kong, seperti dipetik Channel News Asia hari ini.

Ikea Singapura mempunyai kira-kira 80 orang pekerja Malaysia.