Sultan Nazrin Ziarah Muhammad Adib

15
0

KUALA LUMPUR: Pemangku Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan menziarahi anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, di Institut Jantung Negara (IJN), di Kuala Lumpur, hari ini.

Muhammad Adib mengalami kecederaan parah selepas terbabit dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, Selasa lalu.

Terdahulu, NSTP melaporkan Kementerian Kesihatan dan Institut Jantung Negara (IJN) masih dalam proses untuk menyediakan laporan perubatan Muhammad Adib.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pihaknya yakin ia dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Katanya, laporan itu penting bagi mengenal pasti tahap dan punca kecederaan dialami mangsa.

Baginda yang berangkat tiba kira-kira jam 9.10 pagi itu diiringi Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid, ke bilik pesakit di tingkat 1 Unit Rawatan Rapi (ICU), IJN.