SKIP 2018: Perebutan Emas Bermula Hari Ini

45
0

Oleh: Saadah Latib

BANGI : Sukan Institusi Psikiatri (SKIP) ke-9 yang bermula pada hari ini menyaksikan beberapa acara sukan telah memulakan pertandingan.

Badminton, ping pong, catur dan dart, bola jaring, sepak takraw, futsal, sepakraga bulatan, karom dan dam aji antaranya yang telah bermula.

Sementara itu, lompat jauh, lompat tinggi, lontar lembing, lontar cakera, lontar peluru dan olahraga 1500m, 800m, 400m, 200m, 100m, 4x100m dan 4x400m bakal dipertandingkan esok.

SKIP anjuran Yayasan Kesihatan Mental (MHF) pada tahun ini bakal berlangsung selama 3 hari, sebanyak 14 kontinjen menghantar atlet.

Antaranya MHF, Hospital Bahagia Ulu Kinta, Hospital Mesra, Hospital Sentosa, Hospital Tuanku Jaafar, Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan Hospital Teluk Intan.