SKIP 2018: Hospital Permai Juara Acara Sukan Takraw

45
0

BANGI: Hospital Permai telah dinobatkan sebagai juara acara sukan sepak takraw dalam temasya Sukan Institusi Psikiatri 2018 (SKIP2018) yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebentar tadi.

Trio yang menggandingkan Mohd Saiful Azman Midi, Khairul Amilin Abd Rahman dan Mohd Nawawi Safein berjaya menumpaskan wakil dari hospital Terengganu yang diwakili Zulkarnain Solum sebagai tekong, Mohd Azua Abdul Samad, apit kanan dan Mustaqim Che Harun, apit kiri.

Perlawanan itu menyaksikan Hospital Permai menang secara straight, dua berbalas kosong dengaan kiraan mata 21-17, 21-19, 21-15 dan 21-17.

Acara sukan SKIP2018 dijangka berlangsung selama tiga hari bermula tujuh hingga sembilan Disembar di lima lokasi yang berbeza.