Sinar Harian Mohon Maaf Salah Petik Penulis Rencana Mysuara

181
0
KONGSI

Oleh: Iqbal Jalali

SHAH ALAM: Akhbar Sinar Harian memohon maaf kerana kesilapan menyiarkan rencana “Baca Ini Dahulu Sebelum Jatuhkan Kerajaan” menggunakan nama Datuk Dahlan Maamor dalam edisi ‘Online’nya kelmarin.

Rencana tersebut sebenarnya ditulis oleh Azman Hussin dalam kolum mingguannya di portal berita MySuara dengan tajuk asal ‘Wahai Rakyat Malaysia…’ pada 16 Januari lalu.

“Kesilapan menyiarkan artikel tersebut tanpa kaji selidik mengenai kesahihan penulisnya telah menjatuh dan mencalarkan imej beliau sebagai pengacara dan penulis yang disegani.

Sinar Harian kesal kesulitan yang dialami beliau ekoran daripada kekeliruan dan kesilapan dalam penyiaran artikel tersebut.

Semalam, Dahlan dalam status di Facebook turut membuat membuat penafian, “Saya amat dukacita dan terkejut kerana nama saya dipergunakan tanpa izin dan tanpa selidik oleh Sinar Online yang menjadikan saya jelmaan penulis ‘hantu’ yang saya tidak ketahui dari mana asal usulnya.”

Pautan rencana asal –

Wahai Rakyat Malaysia…