Sidang Media Khas Muhyiddin Hari Ini

166
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menyertai sidang media khas Tan Sri Muhyiddin Yassin pukul 11 pagi ini.

Muhyiddin dijangka mengadakan sidang media berkenaan di Bukit Damansara.

Sidang media itu jadi tumpuan umum selepas Dr Mahathir mengumumkan pendirian untuk keluar daripada UMNO pada Isnin.

Ia sedikit sebanyak bakal menjawab beberapa persoalan besar terutamanya, sama ada Timbalan Presiden UMNO yang digantung itu akan mengikuti jejak langkah Dr Mahathir.

Selain itu, tumpuan pastinya terarah kepada Mukhriz sama ada beliau akan terus setia bersama UMNO atau bertindak mengikuti jejak langkah bapanya.

Pada Isnin, Muhyiddin memaklumkan kepada media sebaik pulang dari Vietnam bahawa beliau masih setia bersama UMNO.

Sidang media esok akan jadi platform untuk Ketua UMNO Bahagian Pagoh berusia 68 tahun itu mengulas isu penggantungan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO seperti yang diputuskan Majlis Tertinggi (MT) parti itu Jumaat lalu.