Sidang Media Bersama Tun M-Pembangkang Esok

351
0
KONGSI

PETALING JAYA: Pertama kali dalam sejarah, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan sidang media bersama pakatan pembangkang esok.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata sidang media petang esok itu bagi mengulas lanjut cadangan membentuk muafakat bersama bagi ‘menyelamatkan Malaysia’, susulan masalah politik semasa negara.

“Ya, esok kami akan sertai sidang media bersama Tun Mahathir jam 3.30 petang,” kata Nurul (gambar) dalam sidang medianya di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, hari ini.

Mengulas potensi kerjasama kedua-dua pihak, Nurul berkata ia tidak boleh bersaskan dendam terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi keikhlasan untuk menyelesaikan kemelut politik.

“Bukan isu peribadi, bukan isu dendam, dan marah.

“Tetapi bagaimana untuk merungkai permasalahan dan skandal yang melanda Malaysia menerusi langkah-langkah konkrit untuk menjalankan dan melaksanakan reformasi,” kata Izzah.

Harapan sebelum ini mendedahkan mahu membentuk sebuah kerjasama pelbagai pihak bagi mendepani isu-isu dalam negara, termasuk isu ekonomi, perkauman dan 1MDB.

“Pada saya mungkin faktor pertama yang beri kejutan (pada pembangkang), adalah kenyataan Tun Mahathir bahawa beliau sedia untuk berkongsi lokap dengan Anwar.

“Maka sebaiknya kita nantikan dalam sidang akhbar esok secara rasmi apa yang sedang dicadang atau ditawarkan (Mahathir),” jelas Nurul lagi.

Mahathir sebelum ini mengumumkan keluar Umno bagi menyatakan kemuncak bantahannya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – MK