Sidang Kemuncak Amerika dan Korea Utara Diharap Capai Kejayaan

9
0
KONGSI

Oleh : Wartawan MySuara

KUALA LUMPUR: Pertemuan bersejarah antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Singapura diharapkan mencapai kejayaan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakan sejawatannya Shinzo Abe bersetuju bahawa pertemuan itu adalah satu langkah ke hadapan ke arah yang betul untuk masa depan yang cerah.

Dr Mahathir berharap Amerika dan Korea Utara dapat menerima kenyataan bahawa dalam rundingan mereka, kedua-dua pihak perlu bersedia beralah dalam isu-isu tertentu dalam usaha untuk mencapai persetujuan yang baik.

“Mengharapkan hanya sebelah pihak sahaja menerimanya tidak akan dapat mencapai persetujuan yang positif,” katanya.