Shahrizat Nafi Bertanding Kerusi Parlimen Bandar Tun Razak

28
0
KONGSI

Oleh: Wartawan MySuara

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abd. Jalil hari ini mengesahkan beliau tidak akan bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Menerusi kenyataan yang di muat naik melalui laman Facebook (FB) miliknya hari ini, beliau menyuarakan keyakinan Barisan Nasional (BN) mampu memenangi kerusi tersebut.

“Ramai yang tanya saya sama ada saya akan terima tawaran untuk bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak.

“Jawapan saya tidak, walaupun Bandar Tun Razak adalah satu kawasan di mana BN boleh menang dan tewaskan PKR,” katanya.

Sebelum ini, timbul khabar angin Shahrizat dikatakan akan dicalon bertanding di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang secara tradisinya ditandingi oleh calon MCA bagi mewakili BN.