Semua Sekolah Di Kedah, Perlis Diarah Tutup Selasa Dan Rabu

247
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Semua sekolah di Kedah dan Perlis diarahkan tutup mulai esok dan Rabu ekoran cuaca panas melampau dan kering akibat fenomena El Nino sekarang.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam catatan di laman Facebook di sini hari ini berkata penutupan itu melibatkan pelajar di kawasan tersebut.

Guru-guru dikehendaki hadir bertugas seperti biasa.

Beliau turut berkata, tiada keperluan untuk pihak sekolah menggantikan kedua-dua hari cuti itu.

Jabatan Meteorologi sebelum ini mengumumkan suhu di Kedah dan Perlis adalah antara yang tertinggi di seluruh negara yang kini dilanda fenomena El Nino sehingga mencapai lebih 37 darjah selsius, terutama di Alor Setar.