Selesaikan Rasuah RM100 Juta Sebelum Kritik Tun M – Khairuddin

178
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Selesaikan dahulu isu rasuah RM100 juta melibatkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bagi menjawab kenyataan Khairi Jamaluddin.

Khairy, Menteri Belia dan Sukan menyifatkan saman yang difailkan Dr Mahathir kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai gimik politik.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, tindakan Dr Mahathir dan dua yang lain menyaman Najib hanya kesinambungan agenda politik untuk menggulingkan Najib.

“Saya ingin sarankan kepada budak hingusan Khairy Jamaluddin untuk selesaikan isu kes rasuah RM100 juta kementerian beliau terlebih dahulu, Jangan kalut hal lain.

“Budak hingusan Khairy Jamaluddin ni pun kaki bodek minda lemah otak udang, otak dia pun bukan banyak sangat.Ini soal undang-undang. Kalau budak hingusan ini kata ia sebagai gimik politik tak apalah nanti kami sepina dia ke mahkamah.

“Sebagai salah seorang penggubal undang-undang budak hingusan Khairy Jamaluddin harus menghormatinya daripada mempersenda. Kalau Khairy tak percaya dan tidak menghormati proses undang-undang ia bererti beliau tidak layak jadi Ahli Parlimen apatah lagi menjawat jawatan menteri Kabinet,” kata Khairuddin menerusi kenyataan.

Baru-baru ini, Dr Mahathir, Anina Saadudin dan Khairuddin menfailkan saman terhadap Perdana Menteri kerana mendakwa salah guna kuasa dan menuntut ganti rugi RM2.6 bilion dan ganti rugi berpanjangan RM42 juta.

Khairy pula terpalit dengan kontroversi rasuah melibatkan seorang pegawai atasan di KBS yang menyebabkan kerajaan kerugian RM100 juta.

Pegawai itu dan beberapa ahli sindiket penipuan telahpun ditahan reman untuk siasatan.