Saya Tidak Akan Sertai Pembangkang – Tun M

166
0
KONGSI

SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau tidak akan menyertai pembangkang kerana tidak bersetuju dengan pandangan dan perjuangan kumpulan berkenaan.

“Tidak, saya tidak akan menyertai pembangkang. Saya tidak bersetuju dengan mereka,” kata bekas perdana menteri itu sambil menambah bahawa beliau boleh kembali kepada Umno apabila presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya.

Pada Isnin, Dr Mahathir mengumumkan keluar daripada Umno.

Apabila ditanya mengenai rancangan masa depan, Dr Mahathir berkata beliau akan terus mendedahkan mengenai “salah laku kerajaan”.

Bercakap di Pusat Kecemerlangan Proton di sini, Dr Mahathir berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung jawatan Timbalan Presiden Umno boleh menawarkan diri bertanding pada pemilihan akan datang.

“Beliau masih ahli. Jika mahu mencabar…boleh boleh lakukannya,” katanya.